Apa Khabar!
Rakan Wisma
• Sesi Taklimat Media oleh Dato’ Sri Amran Mohamed Zin, Ketua Setiausaha telah diadakan pada 23 Januari 2026, bersempena Sesi Pemukiman Menteri-menteri Luar Negeri ASEAN yang bakal berlangsung di Cebu, Filipina.
• Taklimat ini bertujuan memaklumkan peranan serta penglibatan Malaysia dalam sesi pemukiman tersebut, yang merupakan mesyuarat peringkat Menteri Luar Negeri ASEAN yang pertama di bawah Kepengerusian ASEAN Filipina bagi tahun 2026.
• Sesi pemukiman ini akan menghimpunkan Menteri-menteri Luar Negeri ASEAN atau wakil, serta Setiausaha Agung ASEAN, dan turut menandakan penyertaan Timor-Leste sebagai ahli penuh ASEAN.
Taklimat media ini menjadi platform penting untuk berkongsi perkembangan terkini serta memperkukuh kefahaman mengenai perjalanan dan pelaksanaan mesyuarat di peringkat serantau.
FB: <iframe src="https://www.facebook.com/plugins/post.php?href=https%3A%2F%2Fwww.facebook.com%2FMalaysianEmbassyMexicoCity%2Fposts%2Fpfbid0WDEhx3vCZQccyGYKHdRYkY68cL8NHJh1paGvNWTQvfHo3FXuv6HLjGV7dxtuzeZkl&show_text=true&width=500" width="500" height="250" style="border:none;overflow:hidden" scrolling="no" frameborder="0" allowfullscreen="true" allow="autoplay; clipboard-write; encrypted-media; picture-in-picture; web-share"></iframe>