Birth/Marriage Registration
PERMOHONAN DAFTAR KELAHIRAN LUAR NEGARA
Perkara 14 (1) (b)
Seksyen 1(c) Bahagian II, Jadual Kedua Perlembagaan Persekutuan
(c) tiap-tiap orang yang lahir di luar Persekutuan yang bapanya pada masa kelahiran itu seorang warganegara dan dalam masa satu tahun selepas kelahiran itu berlaku atau dalam masa apa-apa tempoh yang lebih lanjut sebagaimana yang dibenarkan oleh Kerajaan Persekutuan dalam mana-mana hal tertentu, kelahiran itu didaftarkan di suatu konsulat Persekutuan atau, jika kelahiran itu berlaku di Brunei atau di sesuatu wilayah yang di tetapkan bagi maksud ini melalui perintah Yang di-Pertuan Agong, didaftarkan dengan Kerajaan Persekutuan
SYARAT PERMOHONAN
1. Permohonan ini hendaklah dibuat dalam tempoh satu tahun dari tarikh kelahiran kanak-kanak.
2. Permohonan yang diterima selepas tempoh satu tahun dirujukan kepada Pendaftar, Jabatan Pendaftaran Negara untuk pertimbangan dan kelewatan akan dikenakan bayaran penalti. Surat tunjuk sebab kelewatan diperlukan dan proses ini akan mengambil masa yang lama untuk dipertimbangkan.
3. Pemohon (bapa) dan anak yang hendak didaftar hendaklah hadir di Bahagian Konsular, Suruhanjaya Tinggi Malaysia, Islamabad semasa mengemukakan permohonan.
4. Mengisi Borang D (JPN.WN02) dengan lengkap dan sertakan salinan dokumen sokongan.
DOKUMEN SOKONGAN
1. Borang D. - Borang Permohonan Daftar Kelahiran Luar Negara
2. Sijil Kelahiran tempatan kanak-kanak dan terjemahan
- Asal dan dua (2) salinan fotokopi.
3. Passport ibu bapa pada masa kanak-kanak dilahirkan
- Asal dan dua (2) salinan fotokopi.
4. Kad Pengenalan ibu bapa - Asal dan dua (2) salinan fotokopi.
5. Sijil Kelahiran ibu bapa - Asal dan dua (2) salinan fotokopi.
6. Sijil Perkahwinan ibu bapa - Asal dan dua (2) salinan fotokopi.
7. Dua (2) keping gambar anak yang hendak didaftarkan berukuran 4cm x 6cm.
PERHATIAN :
1. Semua salinan dokumen-dokumen sokongan hendaklah dibuat di atas kertas bersaiz A4.
2. Permohonan hendaklah menggunakan borang asal yang bercetak. Borang-borang boleh diperolehi daripada Suruhanjaya Tinggi Malaysia, Islamabad.
Sebarang maklumat lanjut boleh layari laman web Jabatan Pendaftaran Negara di http://www.jpn.gov.my/maklumat-warganegara/permohonan-taraf-kewarganegaraan-di-bawah-perkara-14-perlembagaan-persekutuan-pengesahan-taraf-kewarganegaraan-kelahiran-luar-negara/?lang=ms