Mission News

GARIS PANDUAN DAN CARTA ALIRAN: PROSES KEMASUKAN DAN KUARANTIN PERSON UNDER SURVEILLANCE (PUS) YANG TIBA DARI LUAR NEGARA BERMULA 24 JULAI 2020

23 July 2020 1 views

Berikut adalah garis panduan terkini proses kemasukan dan kuarantin 'Person Under Surveillance (PUS)' yang tiba dari luar negara bermula 24 Julai 2020:

https://drive.google.com/file/d/1q0PAcwvjaNZwWaq5RDg9Xv--ZB4-mJJu/view?usp=sharing

 

Berikut adalah carta aliran prosedur kuarantin bermula 24 Julai 2020:

Malay:
https://drive.google.com/file/d/1ABeL32OwTekGqIF9n2d0uAVEHC2LsZ1J/view?usp=sharing

Engllish:
https://drive.google.com/file/d/13nkxinHFCK4sxy5ibta-xEcDMG9rt-yx/view?usp=sharing

 

 

Antara maklumat mustahak yang perlu diambil perhatian adalah seperti berikut:

a. Kadar kos kuarantin perlu ditanggung sepenuhnya oleh pengembara dengan kadar maksimum RM150 sehari. Pengecualian kos kuarantin hanya diberikan kepada pemegang kad Orang Kelainan Upaya (OKU), Jabatan Kebajikan Masyarakat. Walau bagaimanapun, pelaksanaan dasar ini tidak terpakai bagi Pintu Masuk Antarabangsa secara darat Johor-Singapura bagi warganegara Singapura dan Malaysia;

b. Pengembara perlu menghantar dokumen berkaitan bersama-sama Letter of Undertaking (LoU) lengkap melalui e-mel Perwakilan selewat-lewatnya tiga (3) hari sebelum tarikh berlepas bagi mendapatkan Notis Perjalanan daripada Suruhanjaya Tinggi Malaysia, Islamabad;

c. Bagi penumpang warganegara Malaysia, kegagalan untuk mengemukakan Notis Perjalanan tidak boleh menyebabkan warganegara tersebut dinafikan hak menaiki pesawat, atau pengangkutan persendirian/ awam yang lain. Kegagalan untuk mengemukakan dokumen tersebut akan hanya menyukarkan proses kemasukan warganegara tersebut ke Malaysia dan juga melambatkan proses kuarantin;

d. Penumpang/pengembara ke Malaysia tidak diwajibkan untuk membuat ujian pengesanan COVID-19 tiga (3) hari sebelum pelepasan ke Malaysia. Namun, penumpang/pengembara perlu menyemak dengan pengendali penerbangan (airlines) berkenaan keperluan untuk menjalani ujian COVID-19 sebelum dibenarkan menaiki pesawat; dan

e. Person Under Surveillance (PUS) tidak dibenarkan untuk memilih Stesen Kuarantin.

 

 

 

Sekian, terima kasih.

SURUHANJAYA TINGGI MALAYSIA
ISLAMABAD

Share:
Link copied to clipboard
Back