Mission News

MALAYSIA CONTRIBUTES GOODS WORTH MORE THAN RM 800,000

17 September 2022 1 views

Fo Guang Shan Malaysia, Buddha’s Light International Association dan Yayasan Sin Chew dengan kerjasama Kerajaan Malaysia telah menyerahkan sumbangan derma dalam bentuk barangan keperluan harian berjumlah hampir RM800,000 sebagai tanda prihatin kepada mangsa-mangsa banjir di Pakistan.

Antara barang sumbangan termasuklah khemah, susu formula bayi, selimut, penapis air dan pakaian. Kesemua barangan tersebut tiba menerusi penerbangan PK 895 pada jam 1630 petang hari ini.

Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat termasuk Wisma Putra, Malaysia Airports Holding Berhad (MAHB), Suruhanjaya Tinggi Pakistan di Kuala Lumpur dan Pakistan International Airlines (PIA) atas bantuan dalam menjayakan misi kemanusiaan ini.

 

 

 

 

 

 

Share:
Link copied to clipboard
Back