Mission News

Misi Ekonomi dan Promosi Agrikomoditi Malaysia: Perjumpaan bersama H.E Abdul Razak Dawood & H.E Muhammad Ayub Afridi

25 April 2022 1 views
Misi Ekonomi dan Promosi Agrikomoditi Malaysia
 
YB Datuk Zuraida Kamaruddin, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi telah bertemu H.E Abdul Razak Dawood, Penasihat Perdagangan dan Pelaburan kepada Perdana Menteri Pakistan dan H.E Muhammad Ayub Afridi Penasihat Perdana Menteri Pakistan Luar Negara & Pembangunan Sumber Manusia.
 
Perbincangan menjurus kepada hala tuju KPPK dalam promosi produk agrikomoditi dengan meletakkan Pakistan sebagai hub bagi pasaran Asia Tengah.
 
YB Datuk Zuraida turut mengupas hal pekerja sektor perladangan dan penerangan tentang buku Mitos & Fakta Minyak Sawit Malaysia bagi mengajak Pakistan untuk bersama-sama dalam melawan pihak anti sawit.
 
Beliau juga telah telah mempelawa H.E Abdul Razak Dawood dan H.E Muhammad Ayub Afridi untuk menyertai Pameran dan Ekspo Antarabangsa Agrikomoditi Malaysia(MIACES) yang akan berlangsung pada Julai 2022 nanti.
 
Share:
Link copied to clipboard
Back