Mission News

SALAM PERANTAUAN

30 October 2008 1 views

Gambar Pertama


 

Barisan pertama berdiri dari kiri :

Mohd Hallim Sulamin, Ahmad Husni Mohd Hassan, Kol. Roslan Saruan, Roseli Abdul, Mohd Idris Abu Nawas, Mohammad Abu Bakar dan Safarudin Hassan.

Barisan kedua duduk dari kiri :

Asma Hat, Kamariah Moos, Kamsiah Ariffin, Khadijah Abdullah, Nor Aini Idris, Norhafiza Mohd Nordin dan Siti Rahamah Mohd Nor

Barisan ketiga : Anak-anak pegawai dan kakitangan Suruhanjaya Tinggi Malaysia, Islamabad, Pakistan.

 

 

Ucapan

 

Salam Aidilfitri daripada pegawai dan kakitangan yang bertugas di Suruhanjaya Tinggi Malaysia, Islamabad, Pakistan  kepada ahli keluarga yang kini berada di Malaysia serta tidak dilupakan sanak saudara, rakan taulan dan juga guru-guru yang mengenali diri kami. Juga salam aidilfitri kepada warga Wisma Putra, warga Jabatan Perdana Menteri, warga Kementerian Pertahanan dan juga warga Jabatan Imigresen di Malaysia. Semoga aidilfitri kali ini memberi seribu makna kepada kita semua. Doakan kejayaan kami dunia dan akhirat.

 

Gambar Kedua


 


WARGA PETRONAS YANG BERTUGAS DI ISLAMABAD BERGAMBAR KENANGAN BERSAMA KELUARGA DAN ANAN-ANAK.

 

Ucapan

Kami warga Petronas Carigali Pakistan Ltd. di Islamabad ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Berpuasa dan Selamat Menyambut Hari Raya serta ribuan ampun dan maaf dari kedua ibu bapa kami, seluruh ahli keluarga, saudara mara, rakan-rakan yang mengenali dan seluruh warga Petronas tak kira di mana anda berada. Salam Aidilfitri untuk semua.

 

Gambar Ketiga


 


WARGA TNB LIBERTY POWER ISLAMABAD, PAKISTAN

 

Ucapan

 

Pihak TNB Liberty Power Islamabad dan juga warga TNB yang berada di Sukkur, Karachi mengucapkan Salam Aidilfitri untuk semua ahli keluarga, saudara mara serta rakan taulan yang mengenali diri kami. Tidak lupa juga kami momohon ampun dan maaf sempena kehadiran bulan dan hari yang mulia ini. SELAMAT HARI RAYA

 

Gambar Keempat


 



Dari kiri - Aidid, Azzad, Kol Roslan Saruan, Kamsiah Ariffin, Arisya, Asyraf dan Atiq

 

Nama Pengirim :

 

Azieb Idlan Roslan

 

Lokasi Pengirim :

Suruhanjaya Tinggi Malaysia, Islamabad, Pakistan

 

Nama Penerima:

Nenek di Kg. Pandan, Wan di Raub, sanak saudara  di Kuala    Lumpur, Shah Alam, Kuala Lipis, Raub, Kuala Krai, Kuantan, Bandar Muadzam, Bandar Pusat Jengka, Bandar Iskandar, Kuala Selangor, Pontian, Pekan Baru serta seluruh warga Angkatan Tentera Malaysia di mana jua berada.

 

Ucapan:

 

Kami sekeluarga mengucapkan Selamat menyambut Aidilfitri,  mohon maaf zahir dan batin. Semoga kehadiran Syawal 1429 ini akan disambut dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan . Salam dari Pakistan.

 

Email Pengirim:

slan582000@yahoo.com

 

Gambar Kelima

 

 


Arina Athirah bersama ibu dan ayah, Norhafiza Mohd Nordin dan Mohammad Abu Bakar kini berada di Islamabad, Pakistan.

 

 

Nama Pengirim  :

Arina Athirah Binti Mohammad

 

Nama Penerima  :

 

Semua yang mengenali di Malaysia dan juga luar negara.

 

Ucapan :

 

Arina Athirah serta ibu dan ayah ingin mengambil kesempatan di bulan Ramadhan yang mulia ini untuk memohon ampun dan maaf serta mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin sempena kedatangan Syawal ini. Ucapan ini Arina, ibu dan ayah tujukan untuk Tok dan Tok Wan di Baling, Kedah dan juga kepada Wan dan Aki di Jerantut, Pahang. Tidak lupa juga ibu dan bapa saudara dari kedua-dua keluarga yang berada di seluruh Malaysia selain rakan-rakan ayah dan ibu sama ada di Malaysia dan juga di seluruh dunia selain warga Wisma Putra dan warga Kementerian Kewangan. SALAM AIDILFITRI DARI KAMI SEKELUARGA.

 

 Email pengirim  :

mohd_baleeng@yahoo.com

 

Gambar Keenam

 

 


Mohd Hallim Sulamin bersama isteri tersayang dan anak-anak ketika bercuti sambil bermain salji di satu kawasan peranginan di Murree, Pakistan.

 

 

 

Nama Pengirim  :

Pegawai Waren II Mohd Hallim Md. Sulamin sekeluarga.

 

Nama Penerima  :

 

Ibu - Rahmah Hj. Elias, Bapa - Md. Sulamin Sarpin, Khairulnizam Faezah di Kg. Pt. Penyengat, Pt. Jawa Muar, Johor. Mohd Razif dan Faridah sekeluarga di Kuala Lumpur. Bapa mertua, Hat, Kak Zah sekeluarga, Kak Wan sekeluarga, Kak Nik sekeluarga, Kak Dah sekeluarga di Kota Baharu, Kelantan. Juga tidak lupa kepada Kak Nah sekeluarga di Pahang, serta mak saudara di Alor Setar, Sungai Petani, Cheras, Muar dan seluruh warga Angkatan Tentera Malaysia di mana juga berada.

 

 

Ucapan  :

 

Kami sekeluarga mengucapkan Selama menyambut Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. Tahun ini masuk tahun ke-4 tak dapat berhari raya di kampung, insya Allah tahun depan kita sekeluarga akan berjumpa. Pada keluarga di kampung semoga hari ayng mulia ini disambut penuh kegembiraan walau tanpa anakmu di sisi. Walaupun sedih namun demi tugas pada pertiwi anakanda rela berkorban demi masa depan. Salam dari Islamabad, Pakistan.

 

 

Untuk rakan-rakan seperjuangan yang berada di Malaysia dan juga seluruh pelusuk dunia saya mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidifitri, Maaf Zahir dan Batin. Semoga kehadiran Syawal ini di sambut penuh kesyukuran dan kegembiraan. Sekian, salam dari Pakistan.

 

 

Email Pengirim  :

halimmds@yahoo.com.my

 

 

 

 

Share:
Link copied to clipboard
Back