"2008 ASEAN FOOD BAZAAR", Urdaneta Village Club House, Urdaneta Avenue, Makati City, 9 August 2008 (Saturday), 9.00 am - 2.00 pm.
President of ALF.Inc 2008 Y.Bhg. Datin Rosilawati Abd. Raffar
Persatuan Wanita Kedutaan Besar Malaysia, Manila bersama-sama dengan Association of Southeast Asian Nations Ladies Foundation, Inc. telah mengajurkan "2008 Food Bazaar"-Taste of ASEAN. Diantara negara yang turut serta ialah Brunei Darussalam, Cambodia, Indonesia, Laos, Myanmar, Philippines, Singapore, Thailand dan Vietnam. Diantara jualan makanan pada hari tersebut ialah nasi lemak, ayam pedas dan rendang daging, roti canai, bihun goreng, mee kari, kueh muih diantaranya karipap, popia, bingka ubi, kuih koci, kuih lapis, ketayap, pulut udang, cucur udang, kuih kacang, kuih badak serta tidak ketinggalan teh tarik. Sebahagian daripada hasil jualan ini telah didermakan kepada badan-badan kebajikan di Philippines. Semasa jualan berlangsung diadakan juga pertunjukan kebudayaan di mana Malaysia mempersembahkan nyanyian dikir barat.