Mission News

HEBAHAN BERKAITAN PERMOHONAN UNDI POS KATEGORI 1B (LUAR NEGARA) BAGI PILIHAN RAYA KECIL (PRK) DEWAN NEGERI N.43 NENGGIRI, KELANTAN

03 July 2024 1 views

HEBAHAN BERKAITAN PERMOHONAN UNDI POS KATEGORI 1B (LUAR NEGARA) BAGI PILIHAN RAYA KECIL (PRK) DEWAN NEGERI N.43 NENGGIRI, KELANTAN

 

 

Untuk makluman, Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) telah menetapkan 17 Ogos 2024 (Sabtu) sebagai Hari Mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Negeri N.43 Nenggiri, Kelantan.

 

Permohonan undi pos bagi semua Kategori termasuk bagi Kategori 1B – Pengundi Pos Luar Negara bagi pelaksanaan PRK Dewan N.43 Nenggiri, Kelantan telah dibuka bermula 28 Jun 2024 (Jumaat) dan akan ditutup pada 23 Julai 2024 (Selasa). 

Kelayakan permohonan undi pos Kategori 1B ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh SPR seperti berikut:

   

  1. Merupakan seorang pemilih berdaftar yang mengundi di Bahagian Pilihan Raya Dewan Negeri N.43 Nenggiri, 

                   Kelantan; dan

          2)   Tinggal di luar negara.

 

Semua permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (online) sepenuhnya melalui portal MySPR. Bagi tujuan ini, pemilih yang layak dan berhasrat mengundi secara pos hendaklah mendaftar akaun MySPR melalui pautan https://myspr.spr.gov.my.

 

Share:
Link copied to clipboard
Back