Mission News

PERMOHONAN UNDI POS BAGI PRK DEWAN NEGERI N.48 AYER KUNING., PERAK

09 March 2025 1 views

Permohonan Undi Pos – Online Bagi Pilihan Raya Kecil Kategori 1B - PRK Dewan Negeri N.48 Ayer Kuning, Perak telah dibuka mulai pada 7 Mac 2025 (Jumaat) dan akan ditutup pada 20 Mac 2025 (Khamis).

Kelayakan permohonan undi pos Kategori 1B ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh SPR seperti berikut:
   
          i.    Merupakan seorang pemilih berdaftar yang mengundi  
                   di Bahagian Pilihan Raya Negeri N.48  Ayer Kuning, Perak;
                   dan
          ii.    Tinggal di luar negara.

 Semua permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (online) sepenuhnya melalui portal MySPR. Bagi tujuan ini, pemilih yang layak dan berhasrat mengundi secara pos hendaklah mendaftar akaun MySPR melalui pautan https://myspr.spr.gov.my.

Share:
Link copied to clipboard
Back