Khamis,4 Julai 2024- Kedutaan Besar Malaysia, Doha dengan kerjasama PERWAKILAN Doha, Qatar telah mengadakan program sesi santai bagi menghargai usahasama Kelab Kebudayaan di Doha. Majlis tersebuttelah dihadiri oleh HBS serta ahli-ahli dari kumpulan kebudayaan di Doha. Sebagai tanda sokongan daripada pihak Kedutaan, penyerahan surat penghargaan juga telah dilaksanakan oleh Puan Maryam Masyitah Ahmad Termizi, Kuasa Usaha Sementara, yang melibatkan Malaysian Association of Qatar (MAQ), Kelab Kebudayaan Tradisional Irama, Kompang Komuniti Qatar, Permata Tari , Al Khor dan Kelab Pameran Pelukis. Semoga komitmen yang berterusan dalam mempromosikan budaya Malaysia terus dipraktikkan dan berterusan di masa akan datang. Syabas untuk semua!