Mission News

Vogue Hospitality in Qatar

15 December 2024 1 views

Satu perjumpaan telah diadakan antara pihak Malaysian Association of Qatar (MAQ) dan Vogue Hospitality bagi membincangkan pelbagai manfaat eksklusif yang bakal ditawarkan kepada ahli-ahli MAQ oleh pihak Vogue Hospitality. Vogue Hospitality, yang dimiliki oleh rakyat tempatan Qatar, mempunyai rangkaian perniagaan yang kukuh dan meluas di negara ini. Antara perniagaan terkenal di bawah Vogue Hospitality termasuklah Poori and Karak, Al Marsa, Mohajiba, dan beberapa lagi jenama terkemuka.

Perjumpaan ini turut dihadiri oleh Duta Besar Malaysia ke Qatar, Yang Terutama (TYT) Faizal Razali, yang memberikan sokongan penuh terhadap usaha ini. Sesi perbincangan yang berlangsung selama satu jam setengah ini memberi peluang kepada kedua-dua pihak untuk merangka kerjasama strategik demi manfaat komuniti Malaysia di Qatar.

Kerjasama ini diharapkan dapat memperkukuhkan hubungan antara komuniti Malaysia dan perniagaan tempatan Qatar, selain memberi nilai tambah kepada ahli-ahli MAQ.

Share:
Link copied to clipboard
Back