Mission News

Makluman Peningkatan Jumlah Kehilangan Paspot Malaysia Di Greece

01 June 2016 1 views

Adalah dimaklumkan bahawa hampir setiap bulan Kedutaan Besar Malaysia di Bucharest menerima laporan berkenaan rakyat Malaysia yang kehilangan paspot ketika melancong ke Greece.

 

Sehubungan itu, rakyat Malaysia yang berhasrat ingin melancong ke Eropah terutama Negara Greece digesa supaya lebih berhati-hati dan menjaga dokumen perjalanan mereka dengan sewajarnya. Paspot asal perlulah disimpan di tempat yang selamat dan hanya membawa sesalinan paspot (yang mengandungi maklumat pemegang) sahaja ketika bersiar-siar di kawasan sekitar. Rakyat Malaysia juga disaran supaya mendaftarkan diri dan memaklumkan maklumat perjalanan kepada Kedutaan Besar Malaysia di Bucharest untuk makluman dan rujukan pihak Kedutaan jua.

 

Sekian, harap maklum.

 

Kedutaan Besar Malaysia

Bucharest


Share:
Link copied to clipboard
Back