Mission News

PERINGATAN MESRA BAGI RAKYAT MALAYSIA YANG AKAN MELANCONG KE LUAR NEGARA PADA MUSIM CUTI PANAS

26 June 2023 1 views

Bagi rakyat Malaysia yang ingin melancong ke negara Eropah ketika musim cuti panas pada tahun ini digesa supaya lebih berhati-hati dan menjaga dokumen perjalanan anda dengan sewajarnya. Paspot asal perlu disimpan di tempat yang selamat dan membawa salinan yang mengandungi butiran pemegang sahaja ketika bersiar-siar di kawasan sekitar.

 

Untuk sebarang bantuan segera berkenaan urusan konsular, mohon untuk hubungi kami di Kedutaan (+4021 211 3801/02), Emel: mwbucharest@kln.gov.my / Pegawai Bertugas (ditalian +40787 419 803); dan jika di Bulgaria dan Greece, sila hubungi Konsul Kehormat Malaysia yang berada di sana:

i) Encik Peter Koroumbashev, Konsul Kehormat Malaysia di Sofia, Bulgaria, Tel:00 359 2462 7290 / emel: peter@nat.bg ; dan

(ii) Dr. Savvas Tzanis, Konsul Kehormat Malaysia di Athens, Greece, Tel: 
00 30 210 9426 352 / emel: Consulate@malaysia.gr

Sekian, harap maklum.

Kedutaan Besar Malaysia
Bucharest, ROMANIA

Share:
Link copied to clipboard
Back