Sambutan Hari Sukan Negara 2016 peringkat Malawakil Bucharest, Romania telah diadakan pada 7 Oktober 2016. Sambutan berkenaan diadakan sehari lebih awal disebabkan oleh faktor ramalan cuaca yang menyatakan akan berlaku perubahan cuaca yang mendadak. Sambutan tersebut telah disertai oleh semua Home-based Saff (HBS) dan keluarga serta Kakitangan Ambilan Tempatan (KAT). Acara bowling bersempena dengan sambutan Hari Sukan Negara ini telah diadakan di Promenada Shopping Mall, yang merupakan salah satu pusat membeli-belah yang terkenal di Bucharest. Selain dapat menyihatkan badan dengan bersukan, secara tidak langsung melalui aktiviti sebegini juga dapat mengeratkan lagi hubungan antara warga kerja Malawakil Bucharest.