The Visit of the Malaysian Economic and Technical Timber and Cocoa Mission to Romania
The Hon. Datuk Anifah Haji Aman, Deputy Minister of Plantation Industries and Commodities, was in Romania from 6 to 9 May 2007 heading a 22-member delegation comprising of the Ministry?s senior officials and representatives from private sectors in the timber and cocoa industries.
2. The objective of the visit was mainly to promote trade of tropical timber and cocoa in Romania, introduce and promote the Malaysian Timber Certification Scheme for better acceptance in the European market, and to find as well as establish new market contacts and build a strategic marketing network with timber importers and traders. The visit was also the follow-up to the earlier visit made by the Hon. Deputy Minister to Romania in 2003.
3. The programme for the Hon. Deputy Minister included meetings with his counterparts of various Ministries, namely the Ministry of Environment and Sustainable Development, the Ministry of Agriculture, Forestry and Rural Development, and the Ministry of Small and Medium-sized Enterprises, Trade, Tourism and Liberal Professions. A business forum for the promotion of the Malaysian timber industry was also held with the participation from both the Romanian and the Malaysian private sectors.
Lawatan Misi Ekonomi dan Teknikal Malaysia berkaitan Perusahaan Perkayuan dan Koko ke Romania
YB Datuk Anifah Haji Aman, Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi bersama delegasi seramai 22 orang yang terdiri dari pegawai kanan Kementerian dan wakil dari sektor swasta dalam bidang perkayuan dan perusahaan koko telah mengadakan lawatan tersebut di atas dari 6 hingga 9 Mei 2007.
2. Objektif utama lawatan ini ialah untuk mempromosikan penjulan kayu hutan tropika dan hasil koko Malaysia ke Romania, memperkenal dan mempromosikan Skim Persijilan Perkayuan Malaysia di pasaran Eropah, dan mencari serta mewujudkan hubungan pasaran baru dan rangkaian pasaran strategik di antara pengimport dan pengusaha perkayuan dari kedua-dua negara.
3. Antara program YB Timbalan Menteri semasa lawatan ini ialah mengadakan kunjungan hormat ke atas rakan sejawatnya daripada berbagai Kementerian seperti Kementerian Alam Sekitar dan Pembangunan, Kementerian Pertanian, Perhutanan dan Kemajuan Luar Bandar, dan Kementerian Perusahaan Kecil dan Sederhana, Perdagangan, Pelancongan dan Pekerjaan. Selain daripada itu, satu sesi forum untuk mempromosikan industri perkayuan Malaysia yang disertai oleh wakil dari sektor swasta Romania dan Malaysia juga diadakan semasa lawatan ini