Mission News

KEDUTAAN BESAR MALAYSIA DAN PERWAKILAN KHARTOUM MENGEDARKAN JUADAH HARI RAYA KEPADA PELAJAR MALAYSIA DI SUDAN

12 May 2021 1 views

KEDUTAAN BESAR MALAYSIA DAN PERWAKILAN KHARTOUM MENGEDARKAN JUADAH HARI RAYA KEPADA PELAJAR MALAYSIA DI SUDAN

 

Pada Khamis, 13 Mei 2021, Kedutaan Besar Malaysia di Khartoum (KBM Khartoum) dengan kerjasama PERWAKILAN Khartoum telah mengedarkan juadah Hari Raya seperti rendang ayam, nasi impit, kuah kacang dan aneka biskut bagi meraikan 1 Syawal yang mulia. Juadah ini telah diserahkan kepada wakil pelajar Malaysia di Sudan iaitu Rumah Ettihad bagi pelajar muslimin dan Rumah Kheir Nawa bagi pelajar muslimat.

 

Tujuan inisiatif ini diadakan adalah bagi mewujudkan suasana Hari Raya walaupun berada jauh di perantauan di musim pandemik ini. Di samping membantu menjaga kebajikan pelajar ia juga dapat mengeratkan hubungan silaturahim diantara para pelajar Malaysia di Sudan dengan KBM Khartoum dan PERWAKILAN Khartoum.

 

Kedutaan Besar Malaysia

Khartoum

 

13 Mei 2021

 

 

Share:
Link copied to clipboard
Back