Mission News

KEDUTAAN BESAR MALAYSIA DAN PETRONAS MENGHULURKAN SUMBANGAN KEPADA AHLI KELUARGA ALLAHYARHAM ENCIK CHOW SIEW CHUN, WARGA MALAYSIA DI SUDAN

27 July 2021 1 views
KEDUTAAN BESAR MALAYSIA DAN PETRONAS MENGHULURKAN SUMBANGAN KEPADA AHLI KELUARGA ALLAHYARHAM ENCIK CHOW SIEW CHUN, WARGA MALAYSIA DI SUDAN
Pada 28 Julai 2021, Kedutaan Besar Malaysia di Khartoum, Sudan (KBM Khartoum) yang diwakili oleh Encik Muhammad Rafeeq Mohd Razali, Setiausaha Ketiga telah mengadakan lawatan ke rumah ahli keluarga Allahyarham Encik Chow Siew Chun bagi menghulurkan sedikit sumbangan daripada kakitangan KBM Khartoum dan PETRONAS. Allahyarham Encik Chow Siew Chun merupakan warga Malaysia yang telah kembali ke Rahmatullah di Sudan pada hari Rabu, 2 Jun 2021, jam 12:05 petang. Allahyarham telah meninggalkan seorang balu dan seorang anak perempuan.
الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُم مُّصِيبَةٌ قَالُوا إِنَّا لِلَّـهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَ‌اجِعُونَ
"Orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali." Surah Al-Baqarah Ayat 156
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ وَوَسِّعْ مُدْخَلَهُ وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتَ الثَّوْبَ الأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ أَوْ مِنْ عَذَابِ النَّارِ
Ya Allah, ampunlah dosanya, limpahkan rahmat kepadanya, selamatkan dia dan ampunkan kesalahannya. Muliakan kedudukannya, luaskan tempat tinggalnya, mandikan dia dgn air, salji dan air sejuk. Bersihkannya daripada kekotoran dosanya sebagaimana dibersihkan pakaian yang putih dari segala kekotoran. Dan gantikan rumahnya dgn rumah yang lebih baik dan pasangan yang lebih baik. Masukkan dia ke dalam syurga dan lindungilah dia daripada azab kubur dan ujiannya serta jauhkan dia dari azab neraka. Aamiin
Pihak KBM Khartoum ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham sama ada yang berada di Sudan mahupun di Malaysia. Bersama-samalah kita doakan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan mereka yang beriman. Al Fatihah.
 
Kedutaan Besar Malaysia
Khartoum
28 Julai 2021
 
Share:
Link copied to clipboard
Back