KEDUTAAN BESAR MALAYSIA DI KHARTOUM MEMUDAHCARA URUSAN MEMBAWA PULANG PELAJAR MALAYSIA DI SUDAN
Kedutaan Besar Malaysia di Khartoum yang telah diwakili oleh Encik Muhammad Rafeeq Mohd Razali, Setiausaha Ketiga telah memudahcara urusan dua (2) orang pelajar Malaysia di Sudan iaitu saudara Farwah Ahmad Fahmi dan saudara Mohamad Luqman Alfurqan Suhaji dalam urusan penerbangan mereka pulang ke Malaysia. Kedua-dua pelajar pulang ke Malaysia dengan menyertai penerbangan repatriasi yang diuruskan oleh syarikat penerbangan Emirates Airlines. Penerbangan akan berlepas dari Sudan pada 26 Jun 2020 dan dijangka tiba di Malaysia pada 27 Jun 2020.
Pihak Kedutaan akan terus memberikan bantuan sewajarnya kepada semua pelajar-pelajar Malaysia sepanjang tempoh keberadaan mereka di Sudan.
Kedutaan Besar Malaysia
Khartoum
26 Jun 2020

