KEDUTAAN BESAR MALAYSIA DI KHARTOUM MENGHULURKAN BANTUAN KEPADA WARGA MALAYSIA YANG TERKANDAS DI SUDAN
Kedutaan Besar Malaysia di Khartoum yang telah diwakili oleh Encik Muhammad Rafeeq Mohd Razali, Setiausaha Ketiga telah membantu dua (2) kakitangan United Nations–African Union Mission in Darfur (UNAMID) di El Fasher iaitu Encik Velayutham a/l Gopal dan Encik Mohamad Fairuz Mohamad Ali dalam urusan penerbangan mereka pulang ke Malaysia. Encik Velayutham a/l Gopal telah pulang ke Malaysia pada 2 Mei 2020 manakala Encik Mohamad Fairuz Mohamad Ali pula pada 21 Mei 2020. Pihak Kedutaan telah memberikan bantuan penyediaan makanan dan penginapan sepanjang tempoh keberadaan mereka di Khartoum.
Kedutaan Besar Malaysia
Khartoum
21 Mei 2020


