Mission News

KEDUTAAN BESAR MALAYSIA DI KHARTOUM TELAH MENGADAKAN LAWATAN KE RUMAH-RUMAH PELAJAR MALAYSIA DI SUDAN

01 November 2021 1 views
KEDUTAAN BESAR MALAYSIA DI KHARTOUM TELAH MENGADAKAN LAWATAN KE RUMAH-RUMAH PELAJAR MALAYSIA DI SUDAN
Pada 1 November 2021, berikutan situasi semasa di Sudan, KBM Khartoum yang diwakili oleh Encik Mohd Faiz Firdaus Kamaruddin, Setiausaha Pertama dan Encik Muhammad Rafeeq Mohd Razali, Setiausaha Ketiga telah mengadakan lawatan ke rumah-rumah pelajar Malaysia di Sudan. Lawatan ini bertujuan untuk memberikan taklimat berkaitan situasi keselamatan di Sudan dan hal-hal berkaitan konsular.
Terdapat 26 pelajar yang terdiri daripada 22 pelajar lelaki dan 4 pelajar perempuan yang sedang melanjutkan pengajian di Sudan. Kesemua pelajar berada dalam keadaan baik dan sihat.
KBM Khartoum akan terus memantau situasi semasa di Sudan dan sentiasa berhubung rapat dengan pelajar-pelajar Malaysia di Sudan.
KBM Khartoum juga telah menasihatkan kesemua pelajar untuk sentiasa berwaspada dan mengutamakan keselamatan masing-masing.
 
Malawakil Khartoum
1 November 2021
 
 
Share:
Link copied to clipboard
Back