KEDUTAAN BESAR MALAYSIA TELAH MEMUDAHCARA URUSAN PENGAMBILAN VAKSIN COVID-19 DI SUDAN
Pada 21 Jun 2021, Kedutaan Besar Malaysia di Khartoum (KBM Khartoum) telah memudahcara urusan pengambilan vaksin jenis AstraZeneca bertempat di Kompleks PETRONAS Sudan. Pengambilan vaksin dos pertama melibatkan 4 orang pelajar manakala vaksin dos kedua melibatkan 28 orang yang terdiri daripada 3 orang pegawai Home-Based Staff (HBS) dan 2 orang ahli keluarga HBS, 5 orang Kakitangan Ambilan Tempatan (KAT) dan 18 orang pelajar.
KBM Khartoum mengucapkan tahniah kepada semua yang telah mendapatkan suntikan vaksin dos pertama dan dos kedua. KBM Khartoum ingin menasihati agar untuk terus amalkan SOP seperti kerap mencuci tangan, memakai pelitup muka dan menjaga jarak fizikal serta terus membudayakan norma baharu walaupun selepas menerima suntikan vaksin.
Kedutaan Besar Malaysia
Khartoum
21 Jun 2021


