Mission News

KEDUTAAN BESAR MALAYSIA TELAH MEMUDAHCARA URUSAN PENGAMBILAN VAKSIN DOS PENGGALAK COVID-19 DI SUDAN

04 April 2022 1 views

KEDUTAAN BESAR MALAYSIA TELAH MEMUDAHCARA URUSAN PENGAMBILAN VAKSIN DOS PENGGALAK COVID-19 DI SUDAN

 

Pada Isnin, 4 April 2022, Kedutaan Besar Malaysia di Khartoum (KBM Khartoum) telah memudahcara urusan pengambilan vaksin dos penggalak bertempat di Kompleks PETRONAS Sudan. Pengambilan vaksin dos penggalak ini melibatkan 22 orang yang terdiri daripada 1 orang pegawai Home-Based Staff (HBS) dan 1 orang ahli keluarga HBS, 3 orang Kakitangan Ambilan Tempatan (KAT), 10 orang pelajar, 2 orang kakitangan PETRONAS dan 5 orang kakitangan NADA Properties.

 

KBM Khartoum mengucapkan tahniah kepada semua yang telah mendapatkan suntikan vaksin dos penggalak. KBM Khartoum ingin menasihati agar untuk terus amalkan SOP seperti kerap mencuci tangan, memakai pelitup muka dan menjaga jarak fizikal serta terus membudayakan norma baharu walaupun selepas menerima suntikan vaksin.

 

Kedutaan Besar Malaysia

Khartoum

 

4 April 2022

 

  

   

 

Share:
Link copied to clipboard
Back