Pihak Berkuasa Kebangsaan Konvensyen Senjata Kimia (PBKKSK) dengan kerjasama pihak Organisation for the Prohibition of Chemical Weapons (OPCW) telah menganjurkan “Mentorship Program for the National Authority for the Chemical Weapons Convention of Sudan” di Khartoum, Sudan. Ia telah diadakan pada 8 hingga 12 Jun 2014 dan merupakan fasa kedua program tersebut selepas fasa pertama diadakan di Putrajaya, Malaysia pada 16 hingga 20 Disember 2013.
Program ini bertujuan menggalakan perkongsian pengetahuan, kemahiran dan pengalaman di antara negara pihak yang lebih maju dalam melaksanakan Konvensyen ini dengan negara pihak yang kurang maju dalam usaha demikian. Perkongsian adalah dalam bentuk pembentangan kertas kerja, mesyuarat dan perbincangan dengan pihak-pihak yang berkepentingan dalam pelaksanaan Konvensyen. Ini dijalankan dengan bimbingan, sokongan serta bantuan OPCW.
Program tersebut telah dihadiri oleh empat (4) orang pegawai dari Malaysia iaitu:
a) Encik Hamzah Ishak, Majlis Keselamatan Negara
b) Puan Halimatussa’adiah Mat Som, PBKKSK;
c) Encik Faizal Mohd Yusof, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri; dan
d) Encik Halmi Ahmad, Jabatan Kimia Malaysia