Mission News

KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA HADIRI PERSIDANGAN MENTERI-MENTERI PENGAJIAN TINGGI DAN PENYELIDIKAN SAINTIFIK ISLAM KALI KE-6.

23 November 2012 1 views

 

Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, Yang Berbahagia Datuk Ab. Rahim bin Md. Noor  baru-baru ini telah berkunjung ke Khartoum, Sudan dalam rangka lawatan kerja bagi mewakili YB Menteri Pengajian Tinggi Malaysia ke Persidangan Menteri-Menteri Pengajian Tinggi Dan Penyelidikan Saintifik Islam Kali Ke-6 (6th ICMHESR).

 

Beliau diiringi oleh para pegawai kanan dari Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dan turut disertai oleh Konsul Pendidikan yang berpejabat di Konsulat Jeneral Malaysia, Dubai, UAE.

 

Persidangan tersebut telah menyaksikan penganugerahan Anugerah ISESCO dalam bidang Nanoteknologi kepada Professor Dr. Uda Hashim, Pengarah Institut Kejuruteraan Nano Elektrik daripada Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).

 

Yang Berbahagia Datuk Ab. Rahim bin Md. Noor juga meluangkan waktu untuk bertemu dan beramah mesra dengan para pelajar Malaysia yang menuntut di institusi-institusi pengajian tinggi di Sudan.

 

 

 

 

 

Y.Bhg. Datuk Ab. Rahim dan TYT Dato’ Mohd Ashri Muda bersama Professor Dr. Uda Hashim yang memenangi Anugerah ISESCO dalam bidang Nanoteknologi.

 

 

 

Y.Bhg. KSU Kementerian Pengajian Tinggi bersama

para pelajar Malaysia di Sudan

 

 

 

 

 

Kedutaan Besar Malaysia

KHARTOUM


23 November 2012

 

 

Share:
Link copied to clipboard
Back