Seramai 23 orang terdiri daripada para pegawai & anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) diketuai oleh DSP Shaharuddin bin Abdullah telah mengadakan kunjungan hormat ke atas TYT Duta Besar Malaysia pada 14 September 2012 di Rumah Malaysia.
Kumpulan ini baru tiba di Khartoum pada 12 September menggantikan pasukan yang telah kembali pada 16 Disember 2011 yang lalu.
Dengan penyertaan kumpulan ini, pegawai dan anggota PDRM yang berada di Darfur, Sudan adalah seramai 40 orang.
Kedutaan Besar Malaysia, Khartoum mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan "Selamat Bertugas" dan sentiasa mengharumkan lagi nama Negara di bumi Sudan kepada para pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia berkenaan.
MALAWAKIL KHARTOUM
14 September 2012