Mission News

KUNJUNGAN MESRA KONSUL PENDIDIKAN KE KEDIAMAN PELAJAR MALAYSIA DI KHARTOUM

20 November 2012 1 views


Para pelajar Malaysia di Khartoum telah berkesempatan untuk bertemu dan mengadakan majlis ta'aruf bersama Konsul Pendidikan / Pengarah Serantau Pejabat Promosi Pendidikan Malaysia, Tuan Haji Shushilil Azam Shuib pada 19 November 2012.

 

Majlis ringkas tersebut berlangsung di kediaman pelajar lelaki yang terletak di Al-Maamoora.

 

Semasa kunjungan tersebut Tuan Haji Shushilil Azam Shuib telah memberikan penerangan ringkas berkenaan isu-isu semasa berkaitan pendidikan dan juga menyuntik semangat motivasi kepada para pelajar berkenaan.

 

Terdapat seramai 29 orang pelajar Malaysia termasuk lelaki dan wanita di Sudan dan mereka menuntut dalam pelbagai jurusan termasuk pengajian Islam, Syariah, bahasa Arab dan perubatan.

 

 

 

Kedutaan Besar Malaysia

KHARTOUM

 

19 November 2012

 

 

Share:
Link copied to clipboard
Back