Mission News

LAWATAN DEWAN PERNIAGAAN MELAYU MALAYSIA KE KHARTOUM, SUDAN

17 May 2014 1 views

 

 

Pada 18-23 Mac 2014, delegasi daripada Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) yang diketuai oleh pengerusinya, YBhg. Datuk Syed Ali Alattas telah mengadakan lawatan ke Khartoum, Sudan di atas jemputan daripada Kedutaan Besar Republik Sudan di Kuala Lumpur dan National Investment Authority Sudan. Delegasi tersebut dijemput ke Sudan untuk melihat keadaan sekolah-sekolah di Sudan yang teruk dilanda banjir pada bulan Ogos tahun lepas di samping melihat peluang-peluang pelaburan dan perniagaan di Sudan.

 

 

Semasa lawatan di Sudan tersebut, DPMM telah bersetuju untuk membantu membina satu blok bangunan sebuah sekolah Khadija Binti Khoyleed di Aldroshop yang kosnya ditanggung sepenuhnya oleh DPMM. Bangunan tersebut dijangka siap pada Jun tahun hadapan. Delegasi DPMM juga turut mengambil kesempatan untuk meluangkan masa bertemu pelajar-pelajar Malaysia di Khartoum dan memberi sumbangan bantuan kepada mereka. Delegasi juga turut menghadiri jamuan makan malam yang dihoskan oleh TYT Dato’ Mohd Ashri Muda, Duta Besar Malaysia ke Sudan di Rumah Malaysia.  

 

 

Share:
Link copied to clipboard
Back