LAWATAN KE RUMAH-RUMAH PELAJAR MALAYSIA DI KHARTOUM, SUDAN
Berikutan situasi COVID-19 di Sudan, jarak bukanlah penghalang. Kakitangan Kedutaan Besar Malaysia di Khartoum dengan kerjasama PERWAKILAN Khartoum bergilir-gilir untuk melawat pelajar-pelajar Malaysia di beberapa tempat di Sudan bagi memastikan kebajikan dan keadaan mereka di sana sentiasa dalam keadaan baik. Memandangkan keadaan penginapan mereka di sana serba sederhana, pihak kedutaan juga menghulurkan bantuan peribadi dan juga nasihat agar pelajar-pelajar ini menjaga kebersihan dan kesihatan. Pihak Kedutaan juga menghadapi kesukaran untuk berhubung secara video call kerana capaian Internet yang tidak stabil di kawasan penginapan. Terima kasih semua dan semoga semuanya dalam keadaan baik.
Kedutaan Besar Malaysia
Khartoum
8 April 2020
