Mission News

LAWATAN KERJA PERINGKAT PEGAWAI KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA KE KHARTOUM, SUDAN

28 July 2014 1 views

 

Pada 16-23 Jun 2014, Kementerian Sumber Manusia telah mengadakan lawatan kerja peringkat pegawai ke Khartoum, Sudan. Delegasi tersebut telah diketuai oleh Encik Ibrahim Ahmad, Ketua Penolong Pengarah, Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia dan turut disertai oleh pegawai-pegawai dari Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani serta CIMB Holdings. Lawatan tersebut adalah bagi meninjau potensi kerjasama antara Kementerian Sumber Manusia Malaysia dan Kementerian Sumber Manusia Sudan terutamanya dalam latihan dan kemahiran.

Selain itu, delegasi juga turut mempromosikan program latihan SKILLS MALAYSIA yang merupakan program pengkhususan dalam bidang kemahiran teknikal dan vokasional. Promosi tersebut telah dibuat melalui Sidang Akhbar yang diadakan di Corinthia Hotel dibantu oleh Kedutaan Besar Malaysia, Khartoum. Pameran dan aktiviti promosi juga diadakan bersama semasa Education Malaysia EXPO pada 21-22 Jun 2014 di Corinthia Hotel.   

 

Share:
Link copied to clipboard
Back