Pada 25-29 Oktober 2014, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah mengadakan lawatan kerja ke Khartoum, Sudan. Delegasi tersebut telah diketuai oleh Naib Canselor USIM, YBhg. Profesor Dato’ Dr. Musa Ahmad dan turut disertai oleh Profesor Dr. Roshada Hashim, Pengarah USIM ‘Alamiyyah, Dr. Mohd Rushdan Mohd Jailani, Pensyarah USIM dan Encik Mohd Fairuz Rozlan, Pembantu Registrar USIM. Lawatan tersebut diadakan bagi meninjau potensi kerjasama di antara USIM dengan institusi pengajian tinggi di Sudan dalam bidang akademik dan juga program pertukaran pelajar.
Semasa di Khartoum, Sudan, delegasi USIM telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Menteri Pengajian Tinggi Sudan, Dr Sumayaah Abu Khushawa. Delegasi juga telah melawat beberapa institusi pengajian tinggi bukan sahaja di bandar Khartoum malah juga di Madani dan Omdurman.