Pada 18 Disember 2014, Kedutaan Besar Malaysia di Khartoum, Sudan telah mengadakan Majlis Makan Malam BBQ bersama komuniti Malaysia di Sudan. Majlis tersebut telah diadakan di Laman Kedutaan dan dihadiri oleh semua rakyat Malaysia yang terdiri daripada pegawai-pegawai dan kakitangan Petronas, DAL Group serta pelajar-pelajar yang menuntut di sini. Delegasi dari UTM dan TV3 yang kebetulan berada di Sudan atas urusan rasmi turut hadir memeriahkan majlis tersebut. Majlis tersebut diadakan bagi tujuan mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara rakyat Malaysia di Sudan dan majlis tersebut merupakan majlis penutup tirai program rasmi Kedutaan bagi tahun 2014.