1. Semua warganegara Malaysia yang tinggal di luar negara boleh memohon untuk mengundi secara pos dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 yang akan datang sekiranya memenuhi semua syarat-syarat berikut:
1.1 Warganegara Malaysia;
1.2 Pemilih Berdaftar;
1.3 Pernah berada di Malaysia atau kembali ke Malaysia tidak kurang dari 30 hari dalam tempoh 5 tahun sebelum pembubaran Parlimen atau Dewan Undangan Negeri yang sedang berkuatkuasa; dan
1.4 Menetap di luar negara kecuali di Singapura, wilayah Selatan Thailand (Pattani, Satun, Songkhla, Narathiwat dan Yala), Brunei, dan Wilayah Kalimantan Indonesia.
2. Warganegara Malaysia yang memenuh isyarat-syarat di atas dan telah berdaftar sebagai pemilih selain dari Pengundi Tidak Hadir (PTH) boleh mengemukakan permohonan mereka untuk mengundi secara pos dengan melengkapkan Borang 1B bermula 21 Januari 2013 sehingga jam 12.00 tengah malam hari pembubaran Parlimen atau mana-mana Dewan Undangan Negeri yang sedang berkuatkuasa.
3. Borang 1 B boleh dimuat turun dari laman web SPR www.spr.gov.my dan perlu dihantar ke IbuPejabat SPR, Putrajaya melalui salah satu kaedah penghantaran seperti berikut:
3.2 Melalui faks ke +603-8881 1201/ 1202/ 1187/ 1192; atau
3.3 Melalui pos ke alamat:
SuruhanjayaPilihan Raya Malaysia
Aras 4-5, Blok C7, Kompleks C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62690 PUTRAJAYA
MALAYSIA
(u.p.: Unit Pengurusan Undi Pos Luar Negara)
4. Semua pemohon perlu menentukan Pejabat Perwakilan Malaysia di luar negara yang terdekat dalamBorang 1B bagi tujuan penerimaan Sampul Keutamaan yang mengandungi kertas-kertas undi pos.
5. Warganegara Malaysia yang bermastautin di Singapura, wilayah Selatan Thailand (Pattani, Satun, Songkhla, Narathiwat danYala) Brunei, dan Wilayah Kalimantan Indonesia mesti pulang ke Malaysia bagi membolehkan mereka mengundi pada hari mengundi.
Sebarang pertanyaan boleh juga ditujukan kepada Penolong Pendaftar Pemilih di Kedutaan Besar Malaysia, Khartoum iaitu Encik Deddy Faisal Ahmad Salleh, Ketua Canseri di alamat email deddy@kln.gov.my dan Encik Rosli Ismail, Setiausaha Kedua di emel malkhtoum@kln.gov.my
Sekian, harap maklum.
Kedutaan Besar Malaysia
Khartoum
Februari 2013