Pada 2 Mei 2015, Persatuan Mahasiswa Malaysia di Sudan telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan di Rumah Persatuan. TYT Mustafa Hj. Mansor, Duta Besar Malaysia ke Sudan telah dijemput untuk merasmikan mesyuarat tersebut. TYT Duta Besar dalam ucapan perasmiannya antara lain menggalakkan pelajar-pelajar untuk aktif dalam sukan serta juga aktiviti-aktiviti yang boleh mengguatkan lagi ikatan dan persefahaman di antara satu sama lain. TYT Duta Besar menasihatkan pelajar untuk sentiasa mengharumkan dan menjaga nama baik Malaysia di Sudan ini. TYT Duta Besar telah dijemput juga untuk menyampaikan hadiah bagi pemenang-pemenang aktiviti-aktiviti yang diajurkan oleh Persatuan Mahasiswa seperti mencipta logo dan moto Persatuan.