Sukacita dimaklumkan bahawa Peraturan 2, Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002 telah memperuntukkan kepada warganegara Malaysia berumur 21 tahun dan ke atas yang berada di luar negara untuk mendaftar sebagai pengundi tidak hadir (PTH).
Sehubungan itu, semua warganegara Malaysia yang berada di Republik Sudan yang ingin mendaftar sebagai Pengundi Tidak Hadir (PTH) atau Pengundi Biasa boleh mengemukakan permohonan pendaftaran di Kedutaan Besar Malaysia, Khartoum.
Warganegara Malaysia yang tinggal di luar Khartoum juga boleh mendaftar sebagai pemilih dengan memuat turun Borang A (Borang Pendaftaran Pemilih) dan Lampiran Maklumat Tambahan (alamat dan status di luar negara) daripada laman web SPR. Untuk maklumat lanjut sila layari laman web Suruhanjaya pilihanraya Malaysia di www.spr.gov.my
Semakan Daftar Pemilih juga boleh dilakukan di laman web rasmi SPR tersebut.
Sekian, terima kasih.
Ketua Canseri
Kedutaan Besar Malaysia
Khartoum, Sudan