PENGANJURAN PROGRAM WORLD #QURANHOUR 1443H / 2022 OLEH KEDUTAAN BESAR MALAYSIA KHARTOUM, REPUBLIK SUDAN
Pada hari Jumaat, 15 April 2022, Kedutaan Besar Malaysia di Khartoum (KBM Khartoum) telah menganjurkan program World #QuranHour 1443H / 2022 bertempat di Surau Kompleks PETRONAS Sudan melibatkan pegawai Home-Based Staff (HBS) dan keluarga, warga Malaysia dan pelajar Malaysia di Sudan.
Program World #QuranHour pada tahun ini bertemakan “Berinteraksi Dengan Al-Quran: Dunia Berbudi dan Penyayang". Program dimulakan dengan bacaan Surah Al-Sajdah dan diikuti dengan tadabbur yang dipimpin oleh Ustaz Mohamad Ridzuan Ramli, pelajar Malaysia yang sedang menuntut di Universiti Antarabangsa Afrika (IUA), Khartoum.
Penganjuran World #QuranHour 1443H / 2022 ini adalah sebagai tanda sokongan dan solidariti KBM Khartoum dalam menyahut seruan melalui pendekatan baca, faham dan amal Al-Quran.
Malawakil Khartoum
25 April 2022

