Mission News

PERTANDINGAN BOLING 1MALAYSIA

29 November 2014 1 views

Pada 29 November 2014, Kedutaan Besar Malaysia di Khartoum, Sudan telah menganjurkan Pertandingan Boling 1Malaysia untuk rakyat Malaysia yang menetap di sini  bertempat di Pusat Boling Afra Mall Khartoum. Terdapat tujuh pasukan yang mengambil bahagian. Pasukan-pasukan tersebut terdiri daripada gabungan rakyat Malaysia yang bekerja dan belajar di Sudan seperti kakitangan dan keluarga Petronas, pelajar-pelajar dan Kedutaan sendiri.


Pertandingan tersebut adalah pertama kali diadakan dan mendapat sambutan yang amat baik daripada rakyat Malaysia di Sudan. Suasana pertandingan adalah amat meriah dengan sorakan sokongan serta kesunguhan dan semangat berpasukan yang ditunjukkan oleh pemain-pemain. Acara tersebut bukan sahaja mengeratkan lagi hubungan silaturahim di antara rakyat Malaysia malah memupuk budaya hidup yang sihat dengan bersukan.


Johan pertandingan tersebut adalah pasukan Kedutaan 1 Campur dan Naib Johan adalah pasukan Pelajar 2. Jamuan ringan turut disediakan pada hari itu.  

 

Team Mix

Petronas 1

Petronas 2

Pelajar 1

Kedutaan 2

Johan - Kedutaan 1 Campur

Naib Johan - Pelajar 2

  

 

Share:
Link copied to clipboard
Back