PROGRAM #KENALIASEAN 2021 SEMPENA HARI ASEAN KE-54
Untuk makluman tuan/puan, pihak Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) sedang melaksanakan Program #KenaliASEAN 2021 bersempena Hari ASEAN ke-54 dari 9 hingga 31 Ogos 2021. Pada tahun ini, tiga (3) pertandingan atas talian telah diperkenalkan sebagai program utama untuk meningkatkan kesedaran mengenai ASEAN dikalangan rakyat Malaysia. Tiga (3) pertandingan tersebut adalah seperti berikut:
- Pertandingan Like & Share ASEAN;
- Pertandingan Online Puzzle ASEAN; dan
- Pertandingan Word Search ASEAN.
Bersama-sama ini disertakan poster pertandingan untuk perhatian tuan/puan.
Kedutaan Besar Malaysia
Khartoum
13 Ogos 2021

