SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN YANG KE-63 DI KEDUTAAN BESAR MALAYSIA DI KHARTOUM
Kedutaan Besar Malaysia di Khartoum telah mengadakan sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-63 pada 1 September 2020 di Kediaman Rasmi Duta Besar. Kelewatan dalam mengadakan sambutan Hari Kemerdekaan ini kerana KBM Khartoum telah menutup operasi bagi menjalani kuarantin untuk tempoh 14 hari mulai 18 Ogos 2020 sehingga 31 Ogos 2020. Sambutan pada kali ini telah diadakan secara tertutup dan dihadiri oleh pegawai Home-Based Staff (HBS) serta ahli keluarga sahaja selari dengan norma baharu.
Sambutan dimulakan dengan bacaan doa, nyanyian lagu Negaraku, penyampaian amanat oleh TYT Duta Besar, sesi bergambar dan diakhiri dengan acara memotong kek yang ditaja oleh Hotel Al-Salam Rotana, Sudan.
Kedutaan Besar Malaysia
Khartoum
2 September 2020

