Mission News

SAMBUTAN HARI RAYA DAN UPACARA MENAIKKAN BENDERA DI RUMAH MALAYSIA, KHARTOUM, SUDAN, 31 OGOS 2013

23 October 2013 1 views

 

Pada 31 Ogos 2013, Kedutaan Besar Malaysia di Khartoum, Sudan telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya dan Upacara Naik Bendera di Rumah Malaysia. Ia telah dihadiri oleh semua rakyat Malaysia yang terdiri daripada pegawai-pegawai dan kakitangan Petronas, DAL Group serta pelajar-pelajar yang menuntut di sini. Majlis diadakan bagi mengeratkan hubungan silaturahim antara rakyat Malaysia serta memupuk sifat rasa bangga menjadi rakyat Malaysia yang aman dan damai. Suasana majlis amat meriah sekali dengan rakyat Malaysia berpakaian baju melayu yang berwarna warni.          

 

 

Majlis dimulai dengan bacaan doa dan diikuti dengan upacara menaikkan bendera yang diiringi dengan nyanyian lagu negaraku serta lagu jalur Gemilang. Aturcara telah diteruskan dengan ucapan TYT Duta Besar Dato’ Mohd Ashri Muda yang antara lain menyentuh mengenai kemerdekaan Negara Malaysia serta semangat kerjasama yang harus dipupuk oleh semua rakyat Malaysia tidak kira di mana berada. Majlis diakhiri dengan jamuan makan serta permainan sukaneka untuk kanak-kanak.

 

 

 

 

Share:
Link copied to clipboard
Back