SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1443H DAN BULAN KEMERDEKAAN MALAYSIA YANG KE-64
Kedutaan Besar Malaysia di Khartoum (KBM Khartoum) dengan kerjasama PETRONAS Sudan, PERWAKILAN Khartoum dan Persatuan Mahasiswa Malaysia Sudan (PMMS) telah mengadakan program penghayatan Maal Hijrah dan bulan kemerdekaan pada 6 – 7 Ogos 2021 di Kompleks PETRONAS Sudan.
Antara pengisian aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan adalah seperti berikut:
- Forum Perdana Maal Hijrah oleh PMMS;
- Demonstrasi Masakan Kuih Tradisional oleh PERWAKILAN Khartoum; dan
- Sukan Tradisional (Congkak, Galah Panjang, Batu Seremban dan Baling Selipar).
Semoga dengan program yang telah diadakan ini dapat memberi penghayatan Maal Hijrah dan menanamkan semangat patriotik malah dapat mengeratkan silaturrahim antara rakyat Malaysia di Sudan.
Kedutaan Besar Malaysia
Khartoum
13 Ogos 2021

