Mission News

SUDAN SELAMAT DILAWATI WALAUPUN TERDAPAT KES SERANGAN UDARA

05 November 2012 1 views

KHARTOUM 4 Nov. - Sudan merupakan sebuah negara yang selamat serta aman untuk dilawati meskipun terdapat kes serangan udara ke atas Kompleks Perindustrian Tentera Al-Yarmouk (Al-Yarmouk) di sini pada 24 Oktober lalu.

Duta Malaysia di sini, Datuk Mohd. Ashri Muda berkata, di sebalik kejadian itu, kerajaan serta masyarakat Sudan sentiasa mahukan keamanan dan sanggup melepaskan sebahagian wilayahnya sehingga membentuk negara Sudan Selatan pada Julai 2011.

"Tindakan pihak tertentu mengebom adalah sesuatu yang kita kesali, harap tidak diulang oleh pihak tertentu.

"Memang selamat untuk melawat Sudan, tidak ada masalah, walaupun anda berjalan pada tengah malam atau awal pagi, tiada kes ragut seperti bandar-bandar lain di Eropah," katanya ketika ditemui sempena Forum Perdagangan dan Pelaburan Malaysia-Sudan (Masutif) di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas kejadian serangan udara ke atas Al-Yarmouk baru-baru ini sehingga mengorbankan nyawa beberapa rakyat Sudan dan memusnahkan harta benda awam yang didakwa kerajaan Sudan sebagai angkara Israel.

Di sebalik kecaman dan kutukan Sudan serta masyarakat antarabangsa, Israel memilih untuk berdiam diri tanpa memberikan sebarang reaksi terhadap dakwaan itu.

Kementerian Luar Malaysia dalam satu kenyataan semalam turut mengutuk serangan itu serta bimbang perkembangan tersebut menggugat kedaulatan Republik Sudan dan mengancam keamanan serta keselamatan negara dan rantau berkenaan.

Dalam pada itu, Mohd. Ashri berkata, penganjuran Masutif selama lima hari yang julung-julung kali diadakan bermula Khamis lalu hingga esok diharap dapat melonjakkan hubungan perdagangan di antara kedua-dua negara.

Menurutnya, walaupun hubungan persahabatan Kuala Lumpur-Khartoum telah terjalin sejak sekian lama, nilai perdagangan kedua-dua negara adalah rendah iaitu sekitar RM247 juta (AS$90 juta) tahun lalu dengan kebanyakan eksport adalah dari Malaysia ke Sudan.

"Sudan memang berminat menarik ramai pelabur tetapi salah satu halangan ialah sekatan ekonomi yang dikenakan Amerika Syarikat ke atas negara ini, jadi kemasukan dolar Amerika adalah sedikit sukar," katanya.

Sementara itu, katanya, bilangan rakyat Malaysia menetap di Sudan adalah kira-kira 300 orang dengan kebanyakan daripada mereka adalah pekerja dan ahli keluarga Petronas, anggota polis serta tentera di bawah misi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, pelajar persendirian dan warga kedutaan.

Artikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20121105/dn_16/Sudan-selamat-dilawati-walaupun-terdapat-kes-serangan-udara#ixzz2DVIMJcmx
© Utusan Melayu (M) Bhd

Share:
Link copied to clipboard
Back