Mission News

Lawatan Rasmi YAB Dato' Seri Anwar Bin Ibrahim e Republik Singapura pada 30 Januari 2023

31 January 2023 1 views
YAB Dato' Seri Anwar Bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia yang ke-10 telah mengadakan Lawatan Rasmi ke Republik Singapura pada 30 Januari 2023.
Beliau telah diiring oleh YB Dato' Seri Diraja YB Tuan Anthony Loke, Menteri Pengangkutan, YB Senator Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, dan YB Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil, Menteri Komunikasi dan Digital.
YAB Datuk Patinggi Tan Sri Dr Abang Zohari bin Tun Abang Haji Openg, Premier Sarawak dan YAB Datuk Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor juga telah menyertai YAB Perdana Menteri semasa lawatan ini.
Semasa lawatan tersebut, beliau telah menerima Sambutan Negara membuat Kunjungan Kehormat ke atas Presiden Singapura Halimah Yacob dan disusuli dengan pertemuan dengan En. Lee Hsien Loong, Perdana Menteri Singapura di The Istana.
YAB Perdana Menteri juga telah diraikan di majlis makan tengah hari di The Istana oleh Perdana Menteri Singapura.
Photo Credit - Jabatan Perdana Menteri
 
 
Share:
Link copied to clipboard
Back