Sidang Akhbar Pengumuman Penganjuran 43rd International Tourism Fair of Belgrade ini telah diadakan beberapa minggu awal di mana Kuasa Usaha Sementara telah dijemput menyertainya bersama-sama Kementerian Perdagangan, Pelancongan & Telekomunikasi serta Belgrade Fair.
Sehari sebelum acara sebenar bermula, Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh Menteri Perdagangan, Pelancongan & Telekomunikasi, PYT Tatjana Matić.
Kemudiannya mulai 24 hingga 27 Mac 2022 berlangsunglah pameran selama empat hari yang diisi dengan pelbagai persembahan kebudayaan pada setiap hari, dikunjungi oleh pelbagai pengunjung bukan saja dari Serbia tetapi juga seluruh Balkan, didekati ejen-ejen pelancongan yang ingin bekerjasama, dirancakkan dengan pelbagai temubual media dan ditambah lagi dengan ruang pameran yang mesra fotografi !
Ruang pameran Malaysia turut dikunjungi oleh para Duta Besar dan diplomat Perwakilan Asing, pegawai tertinggi National Tourism Organization of Serbia, Mayor serta para influencers yang membuat liputan mengenai ruang pameran Malaysia dan pelancongan Malaysia di media sosial masing-masing.
Tema ‘Between Mountains and Seas’ sememangnya mendefinisikan pelbagai destinasi pelancongan yang boleh diterokai di Malaysia.
Penyertaan ini bertepatan sekali dengan pengumuman pembukaan sepenuhnya sempadan bumi #MalaysiaTrulyAsia mulai 1 April 2022.
Terima kasih Tourism Malaysia !
Semestinya terima kasih juga untuk tim MW Belgrade & tim TM Istanbul yang bekerja keras !