Birth/Marriage Registration

PERMOHONAN PENGESAHAN  DOKUMEN PERNIKAHAN DI WILAYAH SELATAN THAILAND (PASANGAN ISLAM)

PROSEDUR PERMOHONAN

1.  Salah seorang dari pasangan (warganegara Malaysia) perlu hadir sendiri ke pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla.

2.  Mengisi borang permohonan perakuan pernikahan (disediakan oleh pejabat KJM di Songkhla atau muat turun borang disini).

 

3.  Mengemukakan dokumen-dokumen Asal serta dua (2) salinan:

 

i.  Kad pengenalan pemohon dan pasangan;

ii. Passport/Pas Sempadan pemohon dan pasangan;

-  Salinan yang mengandungi butiran pemegang passport/pas sempadan;

-  Salinan muka surat yang mengandungi cop kemasukan oleh Imigresen Thailand  dalam tempoh pernikahan berlangsung;

iii. Sijil Pengesahan nikah yang dikeluarkan oleh majlis agama Islam di selatan Thailand;

iv. Catatan Keterangan Nikah yang dikeluarkan oleh majlis agama Islam di selatan Thailand;

v.  Gambar Pernikahan yang dikeluarkan oleh majlis agama di Selatan Thailand;

 

Dokumen Tambahan (Jika berkaitan)

 

vi.  Dokumen Penceraian (Pasangan berstatus janda);

vii. Dokumen Kematian dan Perkahwinan bersama suami terdahulu (Pasangan berstatus balu);

viii. Surat Pengesahan Nikah terkini dari majlis agama Islam di selatan Thailand (perkahwinan melebihi satu (1) tahun);

ix.  Surat Pengesahan Memeluk Agama Islam (Bagi Mualaf);

x.  Surat Kebenaran Berkahwin daripada KAGAT (anggota tentera sahaja);

xi.  Surat Kebenaran Berkahwin daripada  PDRM (anggota polis sahaja);

xii.  Surat Kelulusan Ke Luar Negara (penjawat awam sahaja);

xiii.  Surat Perakuan Sumpah dari Pesuruhjaya Sumpah (Islam) yang telah mendapat pengesahan (endorsement) dari Bahagian Konsular, Kementerian Luar Negeri Malaysia, Putrajaya pemohon dan pasangan yang telah hilang dokumen perjalanan/masuk ke Thailand tanpa dokumen perjalanan yang sah bagi perkahwinan sebelum 1 September 2016;

 

xiiii.  Bagi pemohon/pasangan (perempuan) Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke bawah:-

 

- Ibu atau bapa perlu hadir ke pejabat Konsulat ketika permohonan dibuat dan mengisi borang persetujuan (borang hanya boleh diperolehi di kaunter pejabat Konsulat sahaja); dan

- Mengemukakan 2 salinan kad pengenalan ibu atau bapa serta 2 salinan sijil kelahiran pasangan perempuan sebagai bukti perhubungan pertalian.

 

4.  Dokumen yang menggunakan Bahasa selain Bahasa Melayu/Inggeris perlu dibuat terjemahan rasmi ke Bahasa Melayu/Inggeris terlebih dahulu.  

 

5.  Bayaran Perkhidmatan: THB1,000.00.

 

WAKTU OPERASI KAUNTER KONSULAR

i.  Serahan dokumen (Sesi pagi sahaja):

      Isnin-Khamis : 8.30 pagi - 12.00 tengahari 

     Jumaat : 8.30 pagi -  11.30 pagi

ii. Kutipan dokumen (Sesi petang sahaja) :

      Isnin-Khamis : 1.00 petang - 3.30petang

     Jumaat : 2.00 petang - 3.30petang

iii. Tempoh proses dan pengeluaran dokumen adalah tiga (3) hari bekerja.