"Hari Sukan Negara (HSN) berhasrat membudayakan dan merakyatkan sukan dalam kalangan masyarakat menerusi amalan gaya hidup cergas dan aktif selaras dengan kerangka #MalaysiaMadani dan Visi Sukan Negara 2030."
- YAB Perdana Menteri DS Anwar Ibrahim.
Sempena Hari Sukan Negara 2023 #HSN2023 , MFTC Taipei telah menganjurkan aktiviti berbasikal di Dajia Riverside Park, Taipei pada 14 Oktober. Program yang dimulakan seawal jam 8 pagi itu disertai oleh staf MFTC Taipei dan keluarga, serta wakil pelajar-pelajar dan diaspora Malaysia di Taiwan.
