Pada 5 hingga 6 Mei 2012 yang lalu, Pengarah Ekonomi MFTC, Encik Mohammad Ali bin Selamat telah menghadiri dan memberikan ucapan semasa hari perasmian pembukaan Kejohanan Sukan Pelajar-Pelajar Malaysia di Taiwan (SUKMAS 2012) yang berlangsung di Chaoyang University of Technology, Taichung. Acara sukan tahunan ini sangat mendapat sambutan dari Pelajar-pelajar Malaysia di sini di mana lebih dari 1000 peserta menyertainya. Disamping itu, MFTC juga telah membuka kaunter khas untuk pendaftaran pemilih (pilihanraya) bagi pelajar-pelajar yang berkelayakan.
Disertakan gambar-gambar sekitar semasa kejohanan tersebut.
Proses pendaftaran Pemilih di kalangan pelajar-pelajar yang layak
Barisan Pegawai dan Kakitangan Pusat Persahabatan dan Perdagangan Malaysia di Taipei dan Presiden serta Timbalan Presiden Malaysian Student Association in Taiwan (MSAIT)
En. Mohammad Ali Selamat, Pengarah Ekonomi Pusat Persahabatan dan Perdagangan Malaysia di Taipei memberikan ucapan semasa perasmian SUKMAS 2012.
Upacara perasmian SUKMAS 2012 bersama-sama Timbalan Menteri OCAC Taiwan dan Timbalan Presiden Chaoyang University of Technology
Sesi bergambar bersama-sama sebahagian daripada lebih kurang 1,000 peserta kejohanan SUKMAS 2012