Satu majlis Makan Tengah Hari dan Ramah Mesra bersama rakyat Malaysia di Taiwan telah diadakan pada hari Khamis, 13 Februari 2014 bertempat di Pejabat Canseri, Pusat Persahabatan dan Perdagangan Malaysia, Taipei pada pukul 12.00 hingga 2.00 petang bertujuan untuk meningkatkan persefahaman dan persahabatan di antara Malawakil Taipei dengan golongan professional rakyat Malaysia di Taiwan.
Perjumpaan diadakan dalam suasana sederhana dengan jumlah jemputan dan kehadiran seramai 40 orang termasuk pegawai dan juga kakitangan Malawakil Taipei. Program tersebut telah merapatkan lagi jalinan persahabatan dan permuafakatan di antara rakyat Malaysia di Taiwan.