Mission News

PROGRAM TAKLIMAT

16 April 2012 1 views

1.        Pusat Persahabatan dan Perdagangan Malaysia di Taipei (Malaysian Friendship & Trade Centre (MFTC), Taipei telah menganjurkan satu majlis yang dinamakan Malaysia Gathering – TalentCorp. pada 31 Mac 2012 di Dragon Hall, The Howard Hotel, Taipei, Taiwan dari jam 11.00 pagi hingga 2.30 petang.

 
2.            Objektif utama penganjuran program kali ini bertujuan memberikan maklumat dan pendedahan mengenai peluang-peluang yang ditawarkan oleh Talentcorp kepada kumpulan sasar rakyat Malaysia yang bekerja di dalam bidang-bidang profesional dan juga yang menjalankan perniagaan mereka di Taiwan terutamanya yang berpusat di Taipei, Taichung dan kawasan sekitar.
 
3.            Seramai lebih kurang 70 orang yang terdiri dari rakyat Malaysia yang bekerja di Taiwan termasuk sebilangan daripada pasangan masing-masing telah hadir. Mereka yang hadir pada sesi kali ini adalah tergolong dari pekerja-pekerja professional seperti Doktor, Jurutera, Pensyarah dan juga mereka yang terlibat dalam perniagaan sendiri. Senarai kehadiran adalah seperti di Lampiran.
 
4.        Majlis dimulakan pada pukul 11.00 pagi dengan ucapan oleh YBhg Datuk Yong Teck Shing, Presiden MFTC yang antara lain menyatakan hasrat kerajaan Malaysia untuk mereka pulang bagi menyumbangkan perkhidmatan di Malaysia. Datuk Presiden juga memaklumkan bahawa kerajaan Malaysia tidak memaksa mereka pulang malah mencadangkan supaya menjadikan tawaran ini sebagai satu ‘option’ untuk mereka mempertimbangkan jika mahu pulang untuk berkhidmat di Malaysia.
 
5.            Sejurus selepas ucapan Datuk Presiden, para hadirin telah diberi taklimat selama 45 minit mengenai objektif penubuhan Talentcorp, program returning expert program, syarat-syarat kelayakan dan insentif-insentif yang ditawarkan kepada rakyat Malaysia yang berbakat tinggi dan berpengalaman untuk pulang dan berkhidmat di Malaysia.
 

Antara peserta-peserta yang hadir.

Share:
Link copied to clipboard
Back