Bertempat di Wei Chuan Farm, Taoyuan, Taiwan, PERWAKILAN Taipei yang dinaungi oleh Presidennya YBhg. Datin Dona Chuan telah berjaya menganjurkan sambutan Hari Keluarga yang dihadiri oleh hampir semua HBS yang bertugas di MW Taipei bersama keluarga masing-masing.
Sambutan Hari Keluarga PERWAKILAN Taipei 2011, adalah penutup bagi aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh Persatuan ini pada setiap tahun. Berbagai acara telah dijalankan dalam usaha untuk mengeratkan lagi silaturahim keluarga HBS yang berada di Taipei seperti sukaneka, acara bergambar, makan tengah hari dan cabutan bertuah.
Sambutan Hari Keluarga 2011 sungguh meriah dengan kehadiran anak-anak yang bercuti di Taipei sempena cuti sekolah hujung tahun di Malaysia. Ia telah berjaya mengukuhkan lagi silaturahim di kalangan ahli-ahli PERWAKILAN Taipei. Semoga acara tahunan ini dapat diadakan untuk mengekalkan keharmonian dan semangat setiakawan yang ada.