Mission News

Hari Mengundi bagi PRU DUN Melaka ke-15

25 October 2021 1 views

 

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) telah menetapkan 20 November 2021 (Sabtu) sebagai Hari Mengundi bagi  PRU DUN Melaka ke-15.

Tempoh permohonan undi pos yang telah diwartakan oleh pihak SPR adalah dari 20 Oktober - 1 November 2021.

 

Permohonan undi pos boleh dilakukan dengan menggunakan Borang 1B: Permohonan Kertas Undi Pos (Pengundi Pos Luar Negara) yang boleh dimuat turun melalui laman sesawang SPR (https://www.spr.gov.my/)

SPR turut memaklumkan bahawa syarat kelayakan bagi permohonan undi pos bagi Kategori 1B seperti berikut telah dimansuhkan:

 

1.         Bermastautin di luar negara kecuali di Selatan Thailand (Narathiwat, Pattani, Yala, Songkhla, dan Satun); Singapura, Brunei; dan Kalimantan, Indonesia; dan

2.         Pernah kembali ke Malaysia, selama tidak kurang dari 30 hari dalam tempoh lima (5) tahun sebelum tarikh kekosongan yang dipastikan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya bagi kerusi Dewan Undangan Melaka.

3.         Justeru, bagi maksud PRU DUN Melaka Ke-15 ini, semua warganegara Malaysia yang merupakan seorang pemilih berdaftar yang mengundi di mana-mana Bahagian Pilihan Raya DUN di dalam Negeri Melaka dan bermastautin di luar negara

            adalah layak untuk memohon sebagai pengundi pos di bawah Kategori 1B (Luar Negara).  Walau bagaimanapun, kelulusan setiap permohonan ini masih tertakluk di bawah bidang kuasa Setiausaha SPR.

4.         Bagi tujuan ini, setiap permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (online) di laman sesawang MySPR Daftar di pautan berikut http://mysprdaftar.spr.gov.my/ atau di portal rasmi SPR di pautan http://www.spr.gov.my/.  Sebagai salah satu langkah ke arah

            penambahbaikan pengurusan pilihan raya, permohonan undi pos akan dilaksanakan sepenuhnya secara atas talian (online).  Justeru, pemohon dinasihatkan agar memohon lebih awal apabila tarikh permohonan dibuka bagi mengelakkan berlakunya

            sebarang isu atau kesulitan.

5.         Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan mengenai perkara ini, boleh menghubungi Unit Pengurusan Undi Pos (UPUP) di talian +603-8892 7080/ upup@spr.gov.my.

 

Share:
Link copied to clipboard
Back